Marissa Dania Tutup Komen, IG Abby Abadi & Norman Hakim ‘Diserang’ Netizen – “Mama Back Up Haritu, Last Last Anak Membelakangi Dia”
Sejak petang semalam, nama Marissa Dania iaitu anak Norman Hakim dan Abby Abadi hangat menjadi bualan di media sosial selepas didakwa sudah bernikah dengan jejaka bernama Aslam di Songkhla, Thailand.
Terdahulu, Marissa dan Aslam pernah tular pada tahun lalu disebabkan hubungan mereka terbongkar sehingga menyebabkan lelaki itu bercerai dengan isterinya, Misya.
Marissa off comment, ibu bapa yang diserang
Gadis berusia 19 tahun itu dilihat sudah menutup ruangan komen di akaun Instagram selepas isu ini tular malah kakak Misya sendiri sudah mengesahkan perkahwinan tersebut.
Bagaimanapun, ibu bapanya pula diserang oleh masyarakat di ruangan komen di Instagram masing-masing terutamanya Abby Abadi.
Malah, ada yang mencadangkan agar mereka berdua membawa Marissa untuk pergi berubat kerana seperti tidak percaya dia sanggup melakukan sebegini meskipun selepas Abby mempertahankannya ketika kes itu tular sebelum ini.
Mana tak tumpahnya kuah?
Menjengah ke ruangan komen Norman pula, ada yang sempat memberikan komen sinis ‘mana tidak tumpahnya kuah’ seolah-olah mengaitkan kes anaknya ini dengan apa yang berlaku terhadap dia dan Abby dahulu.
Meskipun begitu, masih ramai warganet yang mempunyai rasa simpati terhadap dua selebriti tersebut dan menegur mereka yang memberikan komen tanpa memikirkan tentang perasaan Abby dan Norman.
Bukan itu sahaja, sesetengah netizen dilihat memberikan kata-kata yang baik dan mendoakan agar isu ini diselesaikan dengan baik di antara mereka yang terlibat.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source