2.82 juta rakyat Malaysia selesai daftar Padu
KUANTAN – Penerimaan masyarakat Malaysia terhadap sistem Pangkalan Data Utama (Padu) semakin baik apabila seramai 2.82 juta orang telah mendaftar dan mengemaskini maklumat dalam tempoh 39 hari pelancarannya.
Di Pahang sahaja, seramai 148,422 orang penduduk telah mengemaskini maklumat di sistem Padu setakat semalam.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menjangkakan sasaran untuk semua masyarakat mendaftar Padu yang berakhir pada 31 Mac nanti akan tercapai.
“Jadi kita jangka dengan tempoh yang berbaki, ada sebulan lebih lagi, kalau tahap kesedaran semakin baik, sasaran kita untuk semua orang mengemaskini di dalam sistem Padu ini dapat berjalan dengan baik dan lancar,” katanya selepas mengadakan pemantauan di kaunter Padu di Masjid Tepian Putra, di sini hari ini.
Tambahnya DOSM berharap masyarakat tidak membuat pendaftaran pada saat-saat akhir bagi mengelakkan berlakunya kesesakan di dalam sistem pangkalan data.
Menurut Mohd. Uzir, masyarakat juga dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa Padu sebagai sistem yang tidak selamat.
“Bila dapat digunakan dengan cekap, ia memberi manfaat kepada pembangunan infrastruktur, pengurusan perniagaan, sekaligus memberi keyakinan terhadap tahap ekonomi negara di mana kita boleh mengatasi masalah defisit dan sebagainya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source