Tukang paip maut rempuh kereta peronda Plus
ALOR GAJAH – Seorang tukang paip maut selepas motosikal yang dia tunggang merempuh kenderaan peronda milik Plus Malaysia Berhad (Plus) di Kilometer 218.9 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah selatan) berhampiran Alor Gajah di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 pagi itu mangsa, Muhammad Ammin Kamal Darul Ariff, 27, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Alor Gajah.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda RS150R dalam perjalanan dari arah Seremban menghala ke Melaka.
“Sebelum kejadian sebuah kenderaan peronda Plus jenis Toyota Hilux sedang berhenti di lorong kecemasan dari arah Plaza Tol Pedas Linggi menghala ke Melaka untuk membantu seorang pengguna jalan raya.
“Kemudian datang mangsa dari arah belakang dan melanggar bahagian belakang sebelah kanan kereta peronda berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Katanya, akibat nahas itu mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan dikejarkan ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan.
“Hasil siasatan mendapati lampu mata arah serta kon telah diletakkan di belakang kereta peronda dan terdapat televisyen litar tertutup (CCTV) di dalam kenderaan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source