Mekah tempat terbaik untuk sembuh – Aprena Manrose
PETALING JAYA – “Sentiasa tengok perkongsian tentang umrah.”
Itu antara tip yang dikongsi pelakon Aprena Manrose agar doa dan impian setiap umat Islam untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci termakbul.
Menurut Aprena atau Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 31, usaha tersebut perlu dilakukan secara berterusan termasuk kekal berdoa memohon pada Allah SWT.
“Saya doakan anda semua akan sampai ke sini tidak lama lagi.
“Doa banyak-banyak, sentiasa tengok perkongsian mengenai umrah. Lama-lama Allah makbulkan, percayalah,” katanya yang terbang ke Tanah Suci kelmarin bagi menunaikan umrah.
Dalam pada itu, dia yang popular menerusi drama Tiada Arah Jodoh Kita memberitahu, itu merupakan ibadah umrah pertama yang dilakukan secara solo tanpa ditemani siapapun.
“Ini merupakan perjalanan umrah pertama yang saya lakukan solo. Ya, seorang diri.
“Tempat terbaik untuk sembuh, hanya ada diri sendiri dan Allah.
“Terima kasih kerana mengizinkanku untuk kembali ke sini lagi, tenangnya ya Allah,” ujarnya.
Bagaimanapun, dalam beberapa perkongsian Instagram, Aprena melakukan ibadah umrah tidak berseorangan kerana ditemani pendakwa bebas popular iaitu Ustazah Asni Mansor. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source