Kebakaran Flat Sri Sabah: Tiada unsur jenayah setakat ini – Polis
KUALA LUMPUR – Tiada unsur jenayah dikesan setakat ini berhubung kes kebakaran di tingkat 17 blok 70 Flat Sri Sabah, Cheras, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, keadaan di kawasan kemalangan masih terkawal dan kerja-kerja siasatan sedang dijalankan.
“Buat masa ini, belum dapat pastikan punca kejadian, maklumat awal diperoleh tiada unsur jenayah.
“Bagaimanapun, siasatan lanjut kami akan maklumkan sekiranya terima maklumat daripada pihak bomba,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Jelas Zam Halim, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras mengerahkan 50 pegawai dan anggota bagi mengawal keadaan dan membantu siasatan kes tersebut di lokasi kejadian.
“Kita juga akan kenal pasti kawasan pemindahan sementara yang mana di sana juga akan ada kawalan daripada anggota,” ujar beliau.
Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada pukul 9.19 malam tadi.
Katanya , empat balai bomba terdekat digerakkan bagi membantu memadamkan kebakaran.
Sebanyak empat jentera dengan kekuatan 55 pegawai bomba dibantu 39 anggota agensi lain bagi membantu operasi ini.
Dimaklumkan, kebakaran hanya berlaku di tingkat 17 sayap kanan banggunan dan lima unit rumah sahaja terlibat.
Susulan itu, api berjaya dipadamkan pukul 11.22 malam dan kerja-kerja ‘overhaul’ sedang dijalan sebelum siasatan punca kejadian dilakukan,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source