Marsha Milan Selesa 10 Tahun Tinggal Sebumbung Dengan Mentua
Tinggal sebumbung dengan mentua, pelakon dan penyanyi Marsha Milan meluahkan rasa syukur rezekinya dikurniakan ibu mentua yang baik dan memahami.
Memetik Kosmo, Marsha berkata dia mengakui pada awalnya rasa kekok namun sentiasa mengamalkan sikap bertimbang rasa serta mencipta persekitaran positif demi hubungan yang harmoni.
BACA: Tujuh Tahun Kahwin Belum Ada Anak, Marsha Nekad Buat IVF
“Pada awalnya memang kekok, tetapi lama-lama nanti kita sendiri akan ada rasa tanggungjawab sebagai isteri dan menantu, perlu wujud sikap tolak-ansur dan terima perkara ini sebagai benda positif, jangan sesekali fikir negatif.
“Alhamdulillah, saya bersyukur sangat sebab dapat ibu mentua yang sangat memahami, baik dan sempoi, rezeki saya. Sebenarnya semuanya datang dari diri sendiri, bagaimana kita menangani setiap situasi.
“Saya sebagai isteri tidaklah rasa diri bos dekat rumah, kita kena juga turun tolong dekat dapur dan sebagainya, pandai-pandai ambil hati, jangan berkurung dalam bilik sahaja,“ katanya.
Sudah 10 tahun tinggal sebumbung dengan mentua, Marsha berkata dia tidak pernah terlintas untuk duduk berasingan sebaliknya bersyukur dapat menjaga makan minum ibu mentuanya.
Untuk rekod, Marsha mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada tahun 2015.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source