“Perceraian Bukan Kerana Orang Ketiga”
Selepas tiga bulan berlalu, bekas suami kepada pelakon Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob menjelaskan perceraiannya dengan bekas isterinya itu bukan kerana orang ketiga.
Menerusi temu bual bersama Melodi, Raf berkata hubungannya dengan Mawar baik-baik saja selepas bercerai dan reda jodoh mereka hanya setakat itu.
BACA: Raf Yaakob Doa Jodoh Wanita Beriman
@melodiberapi Setelah 3 bulan bercerai, bekas suami Mawar Rashid tampil beri penjelasan. #meloditv3 #ceritaartismalaysia #fyp??viral
“Alhamdulillah hubungan saya dan bekas isteri baik-baik saja dan selepas bercerai tiada siapa yang keluarkan sebarang kenyataan.
“Ingin saya terangkan di sini ialah penceraian yang berlaku bukanlah kerana pihak ketiga. Saya tiada pihak ketiga dan begitu juga dengan bekas isteri saya. Allah dah kata jodoh kami setakat di sini jadi saya terima dan reda,” katanya.
Sementara itu, Raf berkata selepas mereka bercerai tiada sebarang pegaduhan melibatkan anak-anak dan apa yang penting adalah tanggungjawab mereka membesarkan anak-anak dalam keadaan bahagia.
Dalam pada itu, Raf tidak menolak andai ditakdirkan bertemu jodoh semula dengan bekas isterinya dan meletakkan mengenai soal jodoh kepada Allah.
“Soal jodoh ini semuanya ketentuan Allah dan apa yang saya boleh cakap ialah saya akan sentiasa berdoa agar dipertemukan dengan jodoh yang baik-baik.
“Kalau Allah kata saya akan dijodohkan semula dengan dia, dialah orangnya namun jika Allah kata bukan, maka bukan dengan dia.
“Yang penting sekarang ini saya fokus untuk mencari nafkah buat anak-anak dan perbaiki diri saya sendiri,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source