Pesawat terhempas: Bomba guna ekskavator keluarkan kokpit dalam tanah
KLANG – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor menggunakan ekskavator bagi mengeluarkan kokpit pesawat BK 160 TR yang tenggelam dalam tanah selepas terhempas, di sini, tengah hari tadi.
Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar dan Sungai Pinang telah digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera sebaik panggilan diterima.
Menurut Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Juyana berkata, terdapat serpihan pesawat di lokasi kejadian tanah gambut.
“Kokpit pesawat telah tenggelam di dalam tanah dan terdapat dua mangsa yang terlibat.
“Operasi menggunakan bantuan ekskavator dan penggalian secara manual oleh pasukan bomba untuk mencari mangsa. Radius pencarian ditumpukan pada kawasan pesawat terhempas.
“Mangsa pertama berjaya dikeluarkan pada pukul 7.06 malam manakala mangsa kedua , pada pukul 7.17 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kedua-dua mangsa ditemui berhampiran bangkai pesawat dan disahkan meninggal dunia sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Jelasnya, operasi pencarian ditamatkan sepenuhnya pada pukul 7.35 malam.
Terdahulu Kosmo! melaporkan mayat dua mangsa nahas pesawat ringan model BK160 Gabriel telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk proses bedah siasat.
Mayat juruterbang, Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan pembantunya Roshaan Singh Raina,42, dibawa keluar secara berasingan menggunakan dua trak polis kira-kira pukul 8.10 malam. -KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source