Calon SPM maut terlanggar lori tepi jalan
REMBAU – Seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut dalam kemalangan dengan sebuah treler yang berada di tepi jalan di Jalan Pedas Kundur Linggi, dekat simpang tiga Plaza Tol Pedas-Linggi, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.03 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Adiff Haikal Mohd. Mizam, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Undang Rembau, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 5.30 petang di Zon Merah, Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban.
Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad, kemalangan membabitkan motosikal jenis Yamaha LC 135 yang ditunggangi pelajar sekolah berkenaan dan treler jenis Scania dipandu lelaki berusia 21 tahun.
“Siasatan awal mendapati treler dari arah Plaza Tol Pedas Linggi dan berhenti seketika untuk menunggu giliran di simpang tiga Jalan Pedas Kundur Linggi untuk menghala masuk ke arah sebelah kanan ke Kundur.
“Semasa sedang keluar ke simpang sebelah kanan tersebut, datang motosikal yang ditunggangi pelajar sekolah itu dari Kundur menghala ke Pedas tidak dapat mengelak lalu terlanggar tayar bahagian tengah sebelah kanan.
“Akibat daripada kemalangan ini, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan dibawa ke Hospital Rembau oleh pihak ambulans untuk mendapatkan rawatan di zon merah dan seterusnya dibawa ke HTJ untuk mendapatkan lanjut,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Ujar Hazri lagi, mangsa yang bekerja sambilan di sebuah kedai makan mengalami kecederaan di kedua-dua belah tangan, kaki sebelah kiri patah dan kecederaan dalaman disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Zon Merah HTJ di Seremban. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source