Aktiviti berpantang untuk turun berat badan
Berikut adalah 6 amalan penjagaan asas selepas bersalin yang penting untuk mengembalikan kesihatan wanita dan menurunkan berat badan kepada asal. Aktiviti ini dapat memastikan wanita kembali pulih secara luaran mahupun dalaman.
Biasanya, ia juga merupakan perkhidmatan asas yang terdapat dalam pakej berpantang.
1. BERURUT
Tujuan berurut adalah untuk membetulkan segala urat supaya dapat melancarkan peredaran darah.
Tetapi, wanita selepas bersalin khususnya perlu berurut untuk mengangkat semula saluran peranakan, menyingkirkan darah kotor atau darah beku yang masih ada dalam rahim, serta membantu memecahkan lemak.
Berurut ini dilakukan selama tiga hari berturut-turut, atau sekurang-kurangnya tiga kali dalam tempoh berpantang.
2. BERTUNGKU
Bertungku perlu dilakukan setiap hari semasa berpantang sebelum memakai bengkung.
Ia membantu mengecutkan rahim dan melancarkan pengeluaran lebihan darah kotor yang masih ada di dalamnya. Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku.
Sebiji batu tungku yang dipanaskan akan dibalut dengan kain sebelum diletakkan di seluruh bahagian abdomen dan juga sekitar peha. Atau boleh gunakan tungku modern yang hanya perlu di cas. Lebih mudah dan cepat.
3. BERBENGKUNG
Bengkung adalah sejenis kain yang dililit pada badan. Ada pelbagai bengkung yang dijual di pasaran kini untuk membantu memudahkan memakainya setiap hari semasa berpantang.
Jika ambil pakej berpantang atau perkhidmatan perbidanan tradisional biasanya akan menggunakan kain bengkung kapas yang bertali supaya ia tidak mudah terbuka.
4. MANDI HERBA
Mandian ini akan menggunakan air rebusan daun yang mempunyai khasiat tersendiri. Sebolehnya sepanjang tempoh berpantang, mandian ini diteruskan sekurang-kurangnya selama dua minggu.
Tetapi tidak semua sesuai, ada yang naik ruam dan gatal boleh berhenti lakukan mandian herba ini atau gunakan daun yang diterima kulit sahaja.
Walaupun tinggal di bandar, banyak kedai herba atau pasaraya yang menjual daun-daun herba ini. Ada yang boleh didapatkan dalam set berpantang secara ‘ready-made’ dalam bentuk pek uncang.
Antara daun dan herba yang boleh digunakan adalah
- daun kunyit terus
- daun secerek
- daun pandan
- daun lengkuas
- daun serai wangi
- daun pisang kelat
- daun capa
- daun inai
- daun mengkudu
- daun sirih
- rempah halba
5. BERTANGAS
Bagi ibu selepas bersalin, aktiviti bertangas dapat membantu proses penyembuhan, kemutan faraj dan rahim.
Bukan itu sahaja, herba yang terkandung dalam set bertangas mampu merawat, memperbaiki urat dan juga bahagian sulit wanita yang tercedera semasa proses melahirkan anak.
Amalan ini dilakukan sebelum mandi. Bertangas biasanya dibuat dengan menyelubungi seluruh badan dengan kain dari paras leher ke paras lantai supaya wap tangas menyelaputi seluruh badan.
6. HIDANGAN BERKHASIAT
Selepas bersalin, pemakanan perlulah dijaga sebaiknya supaya anggota lebih cepat sihat dan kembali aktif.
Hidangan yang pedas, gatal, berlemak, air sejuk dan terlalu berminyak tidak elok dimakan.
Tapi, jangan risau kerana sebenarnya banyak hidangan yang boleh dijadikan menu ibu bersalin, dengan cara memasak yang berbeza. Ia tetap sedap walaupun dimasak dengan cara dipanggang, direbus atau dikukus.
Lada hitam , halia, serai, asam gelugur dan rempah ratus adalah sebagai perisa yang berkhasiat dan dijadikan aroma serta membangkitkan selera makan ibu.
Apa yang nyata, ibu perlu mengurangkan pengambilan lemak, gula dan minyak yang berlebihan.
Jika tidak mahu terlalu ketat menjaga pemakanan, perlu ingat untuk makan makanan yang sihat dan seimbang, sama ada diwaktu pantang atau diluar waktu pantang.
Akhirnya, selamat berpantang dan pastikan minta bantuan jika ada apa-apa perkara yang berlaku pada diri sama ada mental ataupun fizikal.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source