Adik Hidayah perli Ali Puteh tidak beradab, datang tak ‘roger’
PETALING JAYA – Cuba mengakhiri sengketa dengan muncul di kediaman kakak iparnya, Siti Norhidayah bagi melunaskan hutang, pelawak Ali Puteh mendedahkan adik wanita pula bersuara seolah-olah tidak berpuas hati dengannya.
Kata Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 35, adik lelaki Norhidayah juga masih menuduhnya belum melangsaikan wang berjumlah RM75,486.48 seperti diperintahkan mahkamah.
“Pulak dah. Adik Dayah (Hidayah) naik hantaran Instagram macam tidak berpuas hati. Sebut saman belum bayar lagi.
“Semalam saya datang nak bayar tetapi tak nak pula,” katanya sambil berkongsi paparan tangkap layar tuduhan adik kepada kakak iparnya itu.
Dalam tangkap layar tersebut, adik Hidayah yang dikenali sebagai Zainuddin menyifatkan kedatangan Ali ke rumah mereka seperti tiada adab kerana tidak memberitahu terlebih dahulu sehingga membuatkan mereka memberikan layanan ala kadar.
“Datang roger-roger (beritahu) dulu. Jangan main terjah dan tunjuk awak bagus.
“Kalau roger bolehlah layan macam VVIP (orang ternama) sediakan kopi ‘O’ panas atau lepak-lepak pantai kan seronok.
“Ini datang bawa pengawal peribadi selepas itu acah kami tidak layan. Macam mana nak layan bro datang main langgar dan kami pun buat benda sama,” ujarnya Zainuddin.
Pada masa sama, Zainuddin juga secara sinis masih menghentam adik Allahyarham pelawak popular Abam Bocey itu sebagai oorang masih tidak membayar hutang, selain diharap menggunakan kaedah selayaknya bagi melangsaikan bayaran tersebut.
“Apa-apa pun duit belum bayar lagi. Selepas ini, awak jumpa peguam okey. Kita ada undang-undang bukan boleh ambil duit sesuka hati.
“Kami bukan kejam sangat, kalau roger memang kami bagi layanan VVIP, karpet merah, makan di kedai Hidayah Hamzah dan makan cempedak goreng lagi,” jelasnya lagi.
Bagaimanapun, hasil tinjauan Kosmo! Online mendapati Zainuddin telah memadam hantaran tersebut dalam Instagramnya.
Semalam, Ali berkunjung ke rumah kakak iparnya, Siti Nor Hidayah Mohd. Ali bagi melunaskan bayaran berjumlah RM75,486.48 secara tunai kepada Hidayah seperti yang diperintahkan mahkamah.
Dalam kunjungan tersebut, Ali turut membacakan surat yang juga ditandatangani bersama kakak iparnya. Bagaimanapun, difahamkan urusan pembayaran hutang saman berkenaan masih belum selesai selepas pihak Hidayah mahu Ali melakukan transaksi tersebut melalui peguamnya.
Sebelum ini, Ali terpaksa menjual tujuh buah trofi yang pernah dimenanginya untuk mendapatkan wang bagi melangsaikan hutang tersebut.
Antara yang dijual termasuklah trofi program realiti Maharaja Lawak Mega, Muzikal Lawak Superstar dan Projek Komedi Warna.
Selain itu, Ali turut menjual sebuah motosikal jenis RXZ berwarna merah miliknya, selain sebuah kereta Honda Accord berwarna putih.
Pada Mei 2020, Norhidayah, telah memfailkan saman fitnah terhadap Ali berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu dalam akaun Instagramnya yang antara lain menggambarkan dirinya seorang yang tidak bertanggungjawab.
Sehubungan itu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 18 Februari 2022 telah memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya untuk membayar RM60,000 kepada Hidayah. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source