“Nanti Aisyah Terasa” – Aliff Teega Beri Sebab Mengapa Tak Pernah ‘Tayang’ Isteri Kedua, Anggap Bawa Mudarat Besar
Pensohor media sosial dan juga usahawan, Aliff Teega memaklumkan dia mempunyai sebab untuk tidak memperlihatkan isteri kedua, Fatin Umaidah kepada umum.
Ada sebab tak pernah tunjuk wajah isteri kedua
Ujar Aliff, tindakan tersebut mungkin akan mendatangkan mudarat yang lebih besar jika dilakukan.
Katanya lagi, dia berasa risau jika isteri pertama, Aisyah Hijanah akan terasa hati jika dia menunjuk-nunjuk isteri keduanya di media sosial.
Ada sebab tidak memuat naik sebarang perkongsian tentang isteri kedua. Sebab saya tahu mudaratnya berbuat demikian akan lebih besar.
Banyak kemungkinan boleh terjadi kalau saya kongsikan tentang isteri kedua. Boleh jadi Aisyah pun akan terasa walaupun di luar dia nampak tenang, namun dalam hati siapa yang tahu.
Hubungan Aisyah dan Fatin baik-baik sahaja
Dalam pada itu, Aliff turut mengulas mengenai hubungan kedua-dua isterinya itu dan sentiasa ingin memastikan hubungan mereka dalam keadaan harmoni.
Saya percaya semua ini memerlukan masa. Saya dan Aisyah sentiasa berbincang dan begitu juga dengan pihak isteri kedua. Kami sentiasa mencari peluang terbaik untuk memperbaiki hubungan ini. Tentang jodoh ini semua di tangan Allah. Allah tahu semua yang terbaik.
Malah, menurut Aliff, isteri keduanya lebih selesa tidak ditonjolkan atau didedahkan kepada umum pada ketika ini.
Adil ini bukan soal sama rata, adil pada tempat yang sepatutnya. Isteri kedua juga bersetuju untuk tidak wajahnya didedahkan atau dikongsikan.
Dia juga menegaskan bahawa kisah rumah tangganya adalah benar dan bukan semata-mata ‘marketing’ bagi melariskan produk jualan yang diusahakan mereka berdua pada ketika ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source