Rakyat Sarawak hilang negarawan dihormati
PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bahawa rakyat Sarawak kehilangan seorang negarawan dihormati selepas pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud awal pagi ini.
Perdana Menteri berkata, beliau berdukacita dengan pemergian bekas Ketua Menteri Sarawak tersebut yang meninggal dunia awal pagi tadi.
“Saya mewakili pentadbiran Kerajaan Madani mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan rakyat Sarawak.
“Sesungguhnya kita, terutama rakyat negeri Sarawak kehilangan seorang sosok negarawan yang dihormati. Jasa dan bakti Allahyarham kepada negara dan negeri Sarawak akan sentiasa dikenang buat selamanya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya.
Abdul Taib menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul pukul 4.40 pagi pada usia 87 tahun.
Pemergian itu disahkan menerusi akaun Facebook Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib yang juga merupakan anak bongsu Allahyarham.
“Kembalinya ayahanda Datuk Hanifah Hajar Taib yang dikasihi, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud kepada pencipta-Nya, lebih kurang 4.40 pagi, 21 Februari 2024 bersamaan 11 Syaaban 1445 Hijrah,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusoff turut mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan rakyat Sarawak atas pemergian Abdul Taib yang beliau sifatkan sebagai satu kehilangan besar.
“Pemergian Almarhum adalah satu kehilangan besar bukan sahaja buat Sarawak, malah juga negara. Almarhum juga pernah berkhidmat sebagai Menteri di peringkat Persekutuan sebelum kembali ke Sarawak,” katanya.
– UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source