Wanita lahirkan anak dalam bank di Subang
JAKARTA – Seorang wanita di Subang, wilayah Jawa Barat selamat melahirkan seorang bayi ketika berurusan di kaunter cawangan sebuah bank tempatan, lapor laman berita Detik semalam.
Penyelia Operasi Sokongan BRI cawangan Subang, Fajar Eka Setiawan berkata, dalam kejadian kelmarin, wanita tersebut pergi ke bank berkenaan untuk mengaktifkan semula kad bank yang bermasalah.
“Ketika menunggu giliran, dia tiba-tiba mengadu kesakitan dan terus melahirkan anak. Semua pelanggan dan kakitangan bank ketika itu cemas,” katanya.
Tambah Fajar Eka, pihak bank menutup operasi premis tersebut buat sementara waktu bagi membantu wanita berkenaan bersalin.
Pihak bank turut memanggil bidan terdekat untuk membantu pelanggan tersebut.
Sementara itu, menurut wanita berkenaan, Ririn Anggraeni, 25, dia tidak menyangka akan melahirkan anak ketika berurusan di bank kerana bayinya dijangka lahir pada 22 Mac ini.
Ririn kemudian dibawa ke hospital bagi membuat pemeriksaan lanjut, manakala pihak bank melakukan kerja pembersihan cawangan berkenaan selepas insiden itu selesai. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source