“Semoga Kalian Berbahagia Atas Segala Perbuatan Kalian” – Hantaran Lama Facebook Milik Bekas Isteri Kepada Suami Pelakon Wanita Jadi Tumpuan
Baru-baru ini, pelakon Shakilla Khoriri menjadi tumpuan warga maya kerana dia telah selamat bergelar isteri kali kedua kepada pasangannya, Fariz.
Berita gembira tersebut kemudiannya diraikan peminat dan juga rakan-rakan artis meskipun aktres itu meminta diberikan ruang dan masa bagi menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai perkahwinannya itu.
Namun, tular pula di media sosial TikTok apabila seorang individu tampil memuat naik beberapa keping foto mesra Shakilla sedang menjalin hubungan dengan seorang lelaki berstatus suami orang pada Julai tahun lalu.
Shakilla pada waktu itu menafikan dakwaan itu dan menepis spekulasi yang mengatakan dia menjadi penyebab lelaki tersebut menceraikan isterinya.
Malah, hantaran Facebook bekas isteri kepada Fariz turut dimuat naik individu itu sekaligus mengundang pelbagai spekulasi netizen di media sosial.
Menurut sumber, tempoh idah bekas isteri Fariz juga baru sahaja selesai Januari lalu.
Semalam, Shakilla sah bergelar isteri kepada Fariz yang juga usahawan dalam sebuah majlis tertutup di Shah Alam.
Aktres itu pernah mendirikan rumah tangga dengan penyampai radio Fizi Ali pada tahun 2018 namun bercerai pada 2021.
Hasil perkongsian hidup, Fizi dan Shakilla dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ameena Sofia yang kini berusia lima tahun.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source