Tafik sesak lebih 11 km di Plaza Tol Gombak
PETALING JAYA – Aliran trafik dilaporkan sesak di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) berikutan pertambahan kenderaan sejak tengah hari tadi.
LPTTrafik menerusi hantaran di aplikasi X memaklumkan, kesesakan jalan tersebut membabitkan beberapa laluan utama termasuk kenderaan memasuki ibu negara.
“Di laluan Kuala Lumpur – Karak, trafik perlahan dari arah barat 700 meter di Kilometer (KM) 64.7 hingga KM64 (Bentong) manakala kesesakan 12.9 km dari KM62 hingga KM49.1 (Bukit Tinggi).
“Sementara itu, kesesakan 1.2 km dari km 46.3 -hingga km 45.1 (Bkt. Tinggi) dan sesak sejauh 11.4 km dari km 31.2 hingga Tol Gombak,” katanya dalam hantaran di aplikasi X.
Dalam pada itu, meninjau keadaan trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan pula, beberapa laluan turut mengalami kesesakan ketika ini.
“Arah utara melibatkan Pandai ke Setia Tropika, Ayer Keroh ke Simpang Ampat, Pedas Linggi ke Port Dickson, Seremban ke Bandar Ainsdale, selepas Plaza Tol Sungai Besi ke arah Pusat Bandaraya.
“Arah selatan melibatkan kawasan hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, Sedenak ke Kulai dan Kempas ke Pasir Gudang,” lapor Lembaga Lebuhraya Malaysia di Facebook.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source