Saling unfollow? Sharnaaz jawab status hubungan dengan Amelia
PETALING JAYA: “Unfollow? Tak tahulah, pertama kali saya tak boleh jawab.”
Demikian jawapan aktor, Sharnazz Ahmad apabila dikatakan sudah berhenti mengikuti akaun media sosial, pelakon, Amelia Christie yang sebelum ini dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengannya.
Jelas Sharnazz, ketika ini, hubungannya dengan aktres itu dalam keadaan baik dan tidak mahu menjelaskan apa-apa berkaitan kehidupan peribadinya.
“Kalau yang itu, saya tak nak komen apa-apa. Fokus saya, kerjaya dan anak. Saya dan dia (Amelia) okey sahaja, berhubungan baik.
“Saya tak nak cerita apa-apa. Bila jadi apa-apa, macam ini lah, itulah. Saya pun tak pernah mengiyakan hubungan cinta dengan dia.
“Jadi tak boleh nak cakap putus. Biarlah. Saya pun sudah umur 40 tahun, nak bercerita pasal cinta macam merepek,” ujarnya.
Terdahulu, Sharnaaz dan Amelia dikatakan sudah saling tidak mengikuti media sosial masing-masing sehingga mencetuskan spekulasi adakah hubungan mereka sudah berakhir.
Sementara itu, pelakon Polis Evo 3 itu berkata, dia tidak menolak sekiranya diberi
peluang untuk mendirikan rumah tangga untuk kali kedua selepas ini.
Bagaimanapun, katanya, perkahwinan bukan perkara yang perlu diberi keutamaan sementelah dia harus berusaha lebih untuk keluarga.
“Biarlah dulu pasal kahwin, lagipun saya pernah berkahwin. Ada ke jodoh selepas ini. Kalau ada rezeki, saya okey.
“Kalau takde, pun okey sahaja. Saya pun dah ada anak. Fokus saya cari duut dan keluarga memandangkan Jebat pun nak masuk sekolah,” kongsinya.-UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source