“Saya Belajar Dalami Islam Sejak 7 Tahun Lalu, Ia Adalah Kerelaan Hati”
Pelakon Kenji Sawahi berkata dia sebenarnya sudah belajar mendalami agama Islam sejak tujuh tahun lalu dengan seorang ustaz yang juga rakan baiknya.
Memetik Harian Metro, berharap memperoleh hidayah daripada Allah, pelakon berusia 61 tahun itu berkata dia belajar tentang Islam dengan kerelaan hati.
“Saya sudah belajar mendalami Islam sejak tujuh tahun lalu. Apa dilakukan ini dengan kerelaan hati saya dan sekiranya masuk Islam suatu hari nanti, saya percaya tiada halangan daripada keluarga kerana mereka faham ini hak saya nak memilih agama apa sebagai pegangan kekal,” katanya.
Dibesarkan oleh datuk dan neneknya di perkampungan Melayu serta orang Siam di Perlis, Kenji berkata sejak kecil dia sudah terbiasa dengan Islam.
Malah, datuk dan neneknya menghormati agama Islam dan disebabkan itu sifat ingin tahu mengenai Islam berterusan sehingga sekarang.
“Keluarga saya yang membuka kedai runcit adalah satu-satunya berbangsa Cina di situ. Jadi, saya sudah terbiasa dan didedahkan dengan kehidupan yang harmoni dalam masyarakat di kampung itu, termasuk tiada masalah juga orang Cina seperti saya datang dan masuk ke masjid kerana diundang sendiri oleh imam.
“Datuk dan nenek saya juga amat menghormati agama Islam apabila di luar dan dalam rumah kami tidak dibenarkan bawa masuk serta makan daging khinzir. Sebabnya, datuk dan nenek tidak mahu ada kekotoran dan rasa kurang selesa orang Melayu untuk datang ke kedai kami.
“Dari situ, saya sebenarnya sudah terbiasa dengan Islam dan sifat ingin tahu untuk mendalami agama ini (Islam) berterusan sampai sekarang dan semoga harapnya ada rezeki untuk saya memperoleh hidayah daripada Tuhan,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source