Bekas Madu Miera Leyana Puas Hati Menang Kes Nusyuz
Bekas madu kepada pelakon Miera Liyana iaitu Adibah Abd Mutalib akhirnya mampu menarik nafas lega apabila tuntutan nusyuz dibuat bekas suaminya, Rosland Othman ditolak mahkamah.
Memetik mStar Online, peguam yang mewakili Adibah iaitu Mohd Junid Ramli berkata Hakim Syarie Abdul Fattah Kamarudin membuat keputusan itu selepas prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pagi tadi.
“Alhamdulillah memihak pada Adibah, maknanya sabitan nusyuz oleh pihak plaintif ditolak. Bila sudah ditolak ini membuktikan Adibah bukan isteri derhaka seperti didakwa plaintif,” katanya.
Sementara itu, Adibah meluahkan rasa syukur menerima keputusan itu sekaligus membuktikan dia tidak pernah derhaka terhadap bekas suaminya.
“Alhamdulillah terbukti saya tidak nusyuz, hakim kata sebab tiada usaha daripada pihak plaintif untuk isu kembali taat, itu yang saya ingat.
“Semoga Allah permudahkan semua tuntutan saya selepas ini sebab saya yakin berada di pihak yang benar. Saya cuma mahu tuntut hak saya, tiada niat nak malukan sesiapa,” katanya.
Dalam pada itu, Adibah berkata dia kini mahu memberikan fokus kepada dua kes lain iaitu hadanah dan tuntutan nafkah serta mahu meneruskan kehidupannya.
“Sangat gembira dan puas hati dengan keputusan hakim. Selepas ini saya boleh move on dan fokus pada tuntutan lain yang belum selesai iaitu hadanah dan tuntutan nafkah.
“Dengan pengumuman keputusan mahkamah ini, saya harap tanggapan masyarakat terhadap saya berbeza dan nama saya juga sudah bersih daripada dakwaan tersebut,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source