Fouziah Gous Bukan Jenis Isteri Penyibuk, Takkan Periksa Telefon Suami
Pelakon dan usahawan Fouziah Gous berkata dia tidak pernah memeriksa telefon bimbit suaminya, Zhafran Md Yusof kerana saling percaya serta menghormati privasi.
Memetik Hib Glam, Fouziah berkata dia memilih untuk menjalani kehidupan yang tenang dan dia tahu bahawa suaminya menjalankan tanggungjawab.
BACA: “Suami Saya Ada Gelaran Datuk” – Fouziah Gous
“Saya takkan periksa telefon Zhafran sebab saya bukan jenis isteri yang penyibuk, selain sangat menjaga privasi orang walaupun terhadap suami sendiri.
“Saya hidup dengan rasa percaya dan fikiran tenang. Saya tahu suami sentiasa ada apabila diperlukan, tunaikan tanggungjawab, manakala saya juga lakukan amanah sebagai seorang isteri.
“Apa lagi yang saya mahu? Saya takkan cari masalah, tambahan pula sejak berkahwin 10 tahun lalu, kami sentiasa bersama saat susah senang,” katanya.
Sementara itu, Fouziah berkata dia tiada masalah bekerja dengan suaminya menguruskan syarikat mereka, Zhafou Global Sdn Bhd. Katanya lagi, mereka profesional dalam hal kerja dan tidak pernah mencampur adukkan urusan peribadi.
“Saya selesa bekerja dengan suami, tiada masalah kerana kami profesional serta memahami tugas masing-masing tanpa mencampuradukkan urusan kerja dan rumah tangga.
“Sebagai ibu, isteri dan Ketua Pegawai Eksekutif Zhafou Global selaku pengeluar FG Walet, masa saya padat, namun di rumah saya tetap laksanakan tugas dan tanggung jawab.
“Suami pun sangat bertimbang rasa, bantu apa yang patut ketika di rumah tetapi walaupun kita ‘kepala’ di tempat kerja jangan terbawa-bawa ego.
“Saya selalu ingatkan diri supaya buang ego terutama dalam rumah tangga sebab ada sebilangan wanita yang terlupa perkara ini sehingga jadi dominan,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source