Erra Fazira Akui Besarkan Anak Perempuan Sangat Mencabar
Pelakon dan penyanyi jelita Erra Fazira mengakui membesarkan anak perempuan sememangnya mencabar dengan statusnya sebagai ibu tunggal.
Memetik Harian Metro, Erra berkata dia kini faham dengan perumpamaan mengatakan membesarkan 10 orang anak lelaki lebih mudah jika dibandingkan dengan membesarkan seorang anak perempuan.
BACA: Erra Fazira Takkan Berebut Anak Dengan Bekas Suami
“Saya sekarang semakin mengakui bahawa membesarkan seorang remaja perempuan memang mencabar. Saya memahami perumpaan mengatakan menjaga 10 anak lelaki lebih mudah berbanding menjaga seorang anak perempuan,” katanya.
Sementara itu, Erra berkata dia perlu lebih memantau anaknya itu kerana bimbang jika mereka tersilap langkah. Tambahnya lagi, anak perempuan adakalanya perlu bermain dengan emosi adakalanya tidak menentu.
“Sekarang ini memang akui agak mencabar membesarkan anak perempuan yang semakin membesar. Selepas melaluinya sendiri baru saya sedar mengenainya.
“Ini merupakan proses normal bila saya bertanya kepada ibu yang lain, inilah yang saya perlu tempuh lagi pun saya tak berikan kebebasan sepenuhnya buat anak saya, saya akan pantau begitu juga bapa dia,” katanya.
Untuk rekod, Erra mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 25 Oktober 2007 namun bercerai 18 Februari 2014. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Engku Aleesya kini berusia 15 tahun.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source