Tunku Mahkota Ismail rasmikan Perarakan Chingay 2024
JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim berkenan berangkat merasmikan Festival Perarakan Chingay 2024 yang diadakan di Jalan Wong Ah Fook, di sini, malam ini.
Turut berkenan berangkat ke festival perayaan masyarakat Tiong Hua itu adalah putera baginda, Raja Muda Johor Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim dan puteri, Tunku Khalsom Aminah Sofiah.
Hadir Sama ialah Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon dan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya negeri, K. Raven Kumar.
Tunku Mahkota Ismail yang berangkat tiba pada 8.40 malam menyempurnakan simbolik perasmian festival dengan memalu gendang di pentas utama.
Pada Perarakan Festival Chingay itu, Sebanyak 13 kereta berhias dan kira-kira 10 kumpulan tarian singa dan naga berarak sepanjang lapan kilometer, yang bermula dan berakhir di Tokong Xing Gong, Jalan Ulu Air Molek, di sini.
Ribuan pengunjung yang hadir dihiburkan dengan pelbagai acara kesenian dan kebudayaan seperti tarian tradisional, persembahan seni mempertahankan diri serta pertunjukan bunga api.- KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source