Wanita maut langgar belakang treler
SEGAMAT – Seorang wanita maut apabila kereta jenis Perodua Kancil yang dipandunya melanggar sebuah treler di Jalan Jementah, Segamat petang tadi.
Menurut Ketua Balai Bomba Penyelamat Bandar Segamat, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Muhd Hazim Abdul Razak, pihak bomba menerima panggilan kira-kira pukul 2.11 petang mengenai kejadian.
“Setibanya pihak bomba di tempat kejadian, didapati berlaku kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah kereta Perodua Kancil dan sebuah lori treler.
“Pemandu kereta Perodua Kancil seorang wanita telah tersepit dibahagian pemandu dan dikeluarkan oleh pihak bomba menggunakan peralatan khas RTA.
“Mangsa berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM),”katanya ketika dihubungi hari ini.
Tambah Muhd Hazim, mangsa yang meninggal dunia dikenalpasti sebagai Siti Aminah Husin, 35, dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, pemandu lori tersebut seorang lelaki warga emas berusia 61 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source