Aplikasi Think Quran mudahkan pengguna belajar ikut masa sendiri
SHAH ALAM – Aplikasi pembelajaran al-Quran dalam talian seperti Think Quran dilihat satu kaedah terbaik bagi membantu orang ramai mendalami ilmu kalamullah itu.
Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata, kemudahan tersebut membolehkan orang ramai belajar al-Quran mengikut waktu luang masing-masing.
“Memang bagus aplikasi seperti itu, hanya menerusi telefon semua orang boleh belajar mengaji di mana-mana sahaja mereka berada.
“Hanya mahu atau tidak sahaja untuk belajar, pilih sahaja mana-mana masa sesuai dalam 24 jam sehari,” ujarnya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Tambah beliau, mengikuti pelajaran al-Quran secara dalam talian lebih sempurna jika mempunyai guru yang mengajar dan terus menegur kesilapan bacaan ayat suci bagi melaksanakan ibadah dengan baik.
Aplikasi Think Quran dibangunkan Syarikat Think Osem Sdn Bhd yang turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan Karya Bestari.
Modul aplikasi pendidikan itu amat berkesan kerana menawarkan teknik pembelajaran ringkas yang padat dalam masa singkat.
Aplikasi interaktif tersebut juga sesuai digunakan untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
Ia membolehkan pembelajaran serta penghayatan al-Quran diadakan di mana-mana sahaja untuk memanfaatkan masa sepanjang bulan puasa.
Dengan memperuntukkan sekurang-kurangnya 15 minit sehari pengguna mampu mengukur prestasi secara kendiri dalam aplikasi.
Selain itu, aplikasi tersebut juga menawarkan kaedah penguasaan bahasa Arab (al-Quran) melalui penggunaan kosa kata dan perkataan paling penting.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source