Malaysian Institute of Arts Rangkul Juara Dalam Program Penghasilan Seni Arca Anjuran TNB ‘Reimagining The Future’
Sempena ulang tahun ke-75 TNB pada tahun ini, TNB telah mengadakan program ‘Reimagining The Future’ yang merupakan inisiatif di bawah kempen Better Energy dengan melibatkan para pelajar dari beberapa buah institusi pengajian tinggi tempatan.
Program ini diadakan bertujuan bagi memperkasakan semangat dan memberi pendedahan awal kepada pelajar di Malaysia agar menjadi barisan paling hadapan dalam menyokong isu-isu alam dan kelestarian alam.
Menerusi kerjasama dari lapan institusi pengajian tinggi tempatan dengan membabitkan pelajar dari pelbagai bidang pengajian, TNB berjaya mempamerkan kehebatan generasi muda ini dalam penghasilan karya inovatif dengan menggunakan bahan kitar.
“TNB ingin memupuk generasi muda untuk peka terhadap alam sekitar dengan dengan cara yang lebih kreatif dan inovatif sejajar dengan perjalanan TNB menuju aspirasi sifar bersih 2050.
Bertepatan dengan aspirasi TNB ini, saya dapat melihat kepelbagaian idea yang luar biasa dan semangat berimaginasi yang telah ditonjolkan oleh pelajar di dalam pertandingan ini. Setiap karya yang dihasilkan adalah aspirasi visual pelajar, menggambarkan masa depan yang diimpikan, di mana tenaga dimanfaatkan secara bertanggungjawab dan lestari” ucap Ketua Pegawai Kelestarian TNB, Puan Leo Pui Yong.
Institusi pengajian tinggi tempatan yang terlibat dalam program ini ialah Universiti Antarabangsa INTI, Malaysian Institute of Arts (MIA), Multimedia University (MMU), UCSI University, Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Program ini turut disertakan dengan bengkel interaktif selama tiga minggu yang dikendalikan oleh pakar-pakar daripada pelbagai bidang termasuk wakil dari TNB iaitu Eng Oi Wei, Ketua Projek (PMO MELP), Dr. Noor Miza Muhammad Razali, Pengarah Program (Peralihan Tenaga PMO TNB) dan Aisha Daniyal, Ketua (Regulatory and Advocacy) TNB. Pemain industri pula adalah Aishah Mokhtar, pensyarah senibina dalaman, Melissa Tan, penggiat tindakan Iklim dan kelestarian, Tasha Sabapathy, wakil dari Zero Waste Malaysia, Jung On, artis abstrak cahaya dan William Kong, artis alam sekitar.
Dalam acara kemuncak yang berlangsung di Pusat Konvensyen Leo Moggie, TNB Platinum pada 20 Januari lalu, 64 pelajar dari 16 kumpulan telah mempersembahkan hasil karya kreatif mereka dengan menggunakan bahan kitar semula seperti plastik, kertas, dan buang sisa elektrik dalam pelbagai perspektif dengan tema “Memacu Peralihan Tenaga Secara Bertanggungjawab”.
Tiga pemenang dipilih sekaligus membawa pulang wang tunai dan sijil digital.
Johan bagi program ‘Reimagining The Future’ adalah kumpulan TO-GATHER dari Malaysian Institute of Arts (MIA) yang membawa pulang wang tunai dan sijil digital.
Bagi tempat kedua pula dimenangi oleh Eco Warriors daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan membawa pulang wang tunai juga sijil digital.
Tempat ketiga dimenangi oleh Eco Vanguard daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan membawa pulang wang tunai berserta sijil digital.
TNB turut memberikan hadiah saguhati wang tunai dan sijil digital kepada setiap kumpulan yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Para pelajar turut memberi pandangan dan berkongsi pengalaman sepanjang menyertai program “Reimagining The Future”.
“Program ini ternyata memberi satu tamparan hebat kepada kami, semasa melawat pusat kitar semula untuk mencari bahan. Kami mendapati banyak barang yang tidak dilupuskan secara betul. Jadi, apa yang perlu dilakukan adalah memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kaedah kitar semula sama ada melalui program sekolah atau kempen kesedaran.’ – Salehah Athar, penuntut di Malaysian Institute of Arts (MIA).
“Dengan adanya program ini, saya dapat belajar dengan membuat perubahan kecil dalam kehidupan mampu menyumbang kepada kemapanan dan kelestarian alam. Contohnya, dari menggunakan cawan plastik pakai buang kenapa tidak menukarkan kepada gelas yang boleh digunakan berkali-kali. Walaupun nampak kecil, tapi ia memberi impak yang besar dalam menjaga alam sekitar.’ – Ng Kai Wei, penuntut di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
“Inspirasi yang kami bawakan adalah untuk bagi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya mengubah sesuatu perkara, lagi-lagi berkaitan alam sekitar. Struktur kepala manusia yang kami reka dengan air mata mengalir melambangkan betapa mencabarnya alam sekitar kita ini jika tidak dipelihara dan dijaga secara betul.” – Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Ternyata, program ‘Reimagining The Future’ ini telah membuktikan usaha TNB ke arah sifar bersih 2050 dan program ini bukan hanya berjaya mendidik generasi muda untuk menjadi lebih kreatif malah berjaya memupuk kesedaran dan memberi inspirasi kepada golongan ini untuk cinta kepada alam sekitar dan juga menjadi tunggak utama kepada kelestarian.
Ketahui lebih banyak maklumat mengenai program ini dan usaha TNB dalam kelestarian menerusi akaun rasmi media sosial TNB di FB , Instagram, TikTok, X dan YouTube.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source