Hidayah Tunjuk Surat Mahkamah, Kes Dengan Keluarga Ali Puteh Belum Selesai
Umum mengetahui, minggu lalu kemelut Ali Puteh dan kakak iparnya, Nor Hidayah sudah pun selesai selepas pelawak itu telah pun melunaskan tuntutan hutang bernilai RM72,000.
Terbaru, perkongsian Hidayah di TikTok mengejutkan ramai apabila memuat naik surat mahkamah tertera namanya dan anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah sebagai defendan.
BACA: Ali Puteh Selesai Bayar Hutang Hidayah, Tunjuk 27 Keping Resit Pembayaran
@hidayah_hamzah Hmm ada lagi ??semoga aku Kuat Apa2 pun, semoga dipermudahkan segala urusan saya,anak saya dan baik2 saja. Aamiin?#followjela #ikutsahaja #CapCut #semogaakukuatyaallah
Turut kelihatan nama plaintif dipercayai kakak iparnya serta nama Ali Puteh serta keluarganya yang lain.
Menerusi entri itu, Hidayah turut menulis kapsyen berdoa agar dirinya diberi kekuatan dan dipermudahkan segala urusannnya. Bagaimanapun, Hidayah tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkongsiannya itu.
Sementara itu, diruangan komen Hidayah memaklumkan ianya bukan mengenai harta pusaka kerana semua sudah mendapat bahagian masing-masing dan lambat laun orang ramai akan tahu mengenai apa.
Dalam pada itu, Ali turut membuat sesi siaran langsung bagi mempertahankan dirinya. Ali mendakwa Hidayah menuntut bahagian tanah (tempat tinggal kakaknya) untuk difaraidkan dengan alasan ada nama arwah Abam.
Ali mendakwa tanah itu dibeli kakak dan Abam semasa arwah masih bujang lagi serta mempunyai bukti surat jual beli separuh tanah dibeli kakak, manakala separuh lagi arwah Abam.
Kata Ali lagi, belum berkesempatan untuk menukar nama, Abam pula meninggal dunia sekaligus merumitkan urusan. Ali turut mempersoalkan Hidayah yang sanggup mengambil tempat tinggal kakaknya untuk difaraidkan.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source