Panduan Isi e-Filing Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2024 Melalui MyTax Buat Anda Yang Tak Tahu
Seperti semua sedia maklum, bulan Mac setiap tahun merupakan bulan popular untuk ‘claim’ cukai pendapatan dan tempoh mengisi e-filing cukai pendapatan.
Secara amnya, jika anda mempunyai pendapatan tahunan sebanyak RM34,000 dan ke atas atau gaji bulanan RM2,833 serta ditolak ‘PCB’ dalam slip gaji, anda dikehendaki untuk ‘declare’ cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Advertisement
Kini lebih mudah, LHDN telah menyediakan sistem e-Filing cukai pendapatan dan untuk tahun taksiran 2023, anda boleh mula mengisi dan hantar dokumen-dokumen berkaitan bermula 1 Mac ini.
Jika anda pembayar cukai kali pertama, anda mungkin keliru dan tak tahu tentang cara mengisi e-Filing bagi mendapatkan semula lebihan bayaran tahun taksiran yang dibayar.
Secara ringkas, ini adalah panduan mengisi e-Filing 2024.
- Akses Laman Web MyTax.
- Daftar Pengguna Kali Pertama.
- Daftar Sijil Digital.
- Pilih Menu e-Filing MyTax 2024.
- Pilih Borang e-BE (Individu Makan Gaji)
- Tandatangan dan Hantar Borang.
- Terima Bayaran Balik.
Anda boleh mula ‘claim’ cukai yang dibayar melalui portal MyTax seperti dalam video ini dan penjelasan lanjut seperti di bawah.
Manakala untuk pelepasan cukai, di bawah adalah panduan untuk anda!
Bagi menerima lebihan bayaran tahun taksiran, anda boleh masukkan butiran bank anda bagi memudahkan bank membayar lebihan balik kepada anda. Bayaran balik LHDN untuk lebihan bayaran tahun taksiran biasanya akan dilakukan dalam tempoh dua (2) minggu selepas borang e-Filing dihantar.
Anda boleh mula isi e-Filing bermula 1 Mac dan tarikh akhir e filing 2024 adalah pada 30 April.
Kadar pulangan juga bergantung kepada bayaran ‘PCB’ yang ditolak setiap bulan jadi ia adalah tidak sama buat setiap individu.
Selamat mencuba!
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source