Tragedi ketika tunda motosikal rosak
SABAK BERNAM – Perjalanan dua lelaki menunda motosikal rosak bertukar tragedi apabila seorang daripadanya maut dirempuh kereta di Kilometer 36 Jalan Klang-Teluk Intan, Tebuk Pulai di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, kejadian kira-kira pukul 8 malam itu berlaku selepas motosikal Yamaha Lagenda ditunggangi mangsa berusia 31 tahun mengalami kerosakan.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa kemudian dibantu seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang menunggang Modenas Kriss.
“Ketika menunda motosikal, kedua-dua penunggang itu dipercayai keluar simpang secara tiba-tiba dan terus memasuki lorong kanan laluan tersebut.
“Pada waktu itu, sebuah kereta Suzuki Swift dipandu lelaki berusia 35 tahun gagal mengelak lalu melanggar mangsa,” katanya kepada pemberita hari ini.
Jelas Agus Salim, kedua-dua mereka dipercayai dalam perjalanan dari Taman Pertama ke Batu 38 Sabak Bernam.
Tambah beliau, kemalangan itu mengakibatkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
“Penunggang Kriss pula cedera di kaki dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) bagi rawatan lanjut. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source