Intan Saleh Syukur Ude Tarik Semula Kes, Izreen Azminda Nak Teruskan Saman
Bekas madu kepada pelakon Izreen Azminda iaitu Intan Saleh memaklumkan hari ini dia hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk proses mediasi,
Menerusi perkongsian di Instagram, Intan meluahkan rasa syukur apabila plaintif kedua iaitu bekas suaminya, Ude Wahid menarik semula kes tersebut.
BACA: Intan Saleh Balas Saman Izreen Azminda, Buka Tabung Sumbangan Bayar Kos Peguam
“Intan telah hadir pagi ini untuk process mediasi. Semoga ada jalan mudah untuk selesaikan perkara ini. Alhamdulillah pagi ini juga saya dimaklumkan oleh peguam saya bahawa plaintif kedua iaitu Ude telah menarik kes,” katanya.
Bagaimanapun, Intan berkata plaintif pertama masih mahu meneruskan kes saman berkenaan serta meminta pengikutnya mendoakan agar segalanya dipermudahkan.
“Namun plaintif pertama masih meneruskan kes saman. Doakan segalanya dipermudahkan untuk Intan teruskan,” tulisnya.
Terdahulu, Izreen dan Ude sebelum ini memfailkan saman fitnah terhadap Intan susulan mendakwa wanita itu menjaja cerita selain mewujudkan provokasi di Instagram.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source