“Saya Rasa Marissa Ikut Bapanya, Masa Norman Kahwin Pun Saya Tak Tahu”
Pelakon Abby Abadi berkata dia masih menantikan bukti kesahihan perkahwinan anak perempuannya, Marissa Dania dengan lelaki bernama Aslam yang didakwa bernikah di Songkhla, Thailand.
Menerusi podcast bersama Datin Rabeeca Nur Al-Islam, Abby berkata dia ralat dengan keputusan anaknya kerana anaknya ada pilihan untuk dapatkan yang lebih baik.
BACA: Marissa Dania Lari Hilangkan Diri, Abby Abadi Hanya Serah Pada Allah
Menurut Abby lagi, dirinya tidak mempunyai menantu selagi status perkahwinan anaknya itu tidak diketahui lagi. Abby sempat berseloroh perbuatan Marissa itu sama seperti bapanya.
“Saya tak pernah letak diri saya ini sudah bermenantu ke belum, tak ada lagi menantu dalam kamus hidup saya. Benda yang tak ada depan mata saya jadi buat apa nak beria-ria. Benda itu tak berlaku dalam pengetahuan saya.
“Saya rasa Marissa ikut perangai bapanya, dahulu hubungan Norman dengan Memey pun di luar pengetahuan saya,” katanya.
Sementara itu, Abby berkata dia menerima sekiranya perkahwinan anak perempuannya sah di sisi undang-undang serta menitipkan pesanan buat Marissa agar berpegang kepada Allah.
“Benda pun tak dapat disahkan lagi sama ada pasti atau tidak. Bukan tak nak terima takdir atau kenyataan tapi benda belum jelas lagi.
“Sekiranya betul menikah sah mereka boleh lalui kehidupan sebaiknya. Kenapa tidak? Saya tidak pun kata tidak terima kenyataan tapi kalau sah, saya reda sebagai ibu. Apa pun yang dibuat selepas ini teruslah berpegang kepada Allah dan jangan lupa mak ayah,” katanya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source