“I Tak Tahu Limit Kesabaran I Tu Sampai Bila” – Bella Astillah
Video Bella Astillah kembali tular susulan suaminya ditangkap khalwat dengan rakannya yang juga pelakon wanita popular, Ruhainies baru-baru ini.
Rakaman yang tular di TikTok itu memaparkan Bella bercakap tentang kesabarannya menerusi satu temu bual bersama aktres, Amelia Henderson di Studio Sembang.
“Tak tahu sampai bila boleh sabar”
Ujar Bella, dia tahu ramai orang menganggapnya seorang individu yang kuat dan bersabar dalam melalui apa pun dugaan membabitkan rumah tangganya.
Bagaimanapun, Bella mendedahkan dia sebenarnya ada perasaan takut kerana tidak tahu jika kesabarannya itu mempunyai hadnya.
Ramai orang cakap Bella kuat, sabar, Tapi sebenarnya saya takut sangat, takut dia (sabar) ada limit. Sebab saya tak tahu bila. Saya tak tahu kesabaran saya tu sampai bila.
Ada rasa down
Bella turut mendedahkan dia pernah berasa ‘down’ dan tertanya sama ada seorang ibu yang baik kepada dua anaknya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Saya tanya diri saya, adakah saya ibu yang baik? Kalau saya busy selalu macam mana dengan anak-anak saya? Tapi sebab saya nak cari rezeki, tapi saya kena korbankan masa pula.
Tambah Bella lagi, dia juga tidak boleh memuaskan hati semua orang dan tahu setiap orang mempunyai hak untuk bersuara tidak kiralah ia negatif atau positif.
@putera.cantik♬ Suling Paling Sedih – Suling Sunda
Menerusi ruangan komen, ramai warganet yang menitipkan kata-kata semangat buat Bella atas ujian dalam rumah tangganya kali ini.
Malah, ada yang menasihatinya untuk tidak bertahan demi anak-anak sebaliknya fikirkan tentang dirinya sendiri, kesihatan mental dan kebahagian sebenar.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source