Tuntutan RM70.2 bilion UTC terhadap Sabah ancam integriti negara
PUTRAJAYA – Tuntutan berjumlah AS$15 bilion (RM70.2 bilion) dikemukan kumpulan digelar United Tausug Citizens (UTC) ke atas Sabah dilihat perlu ditangani Malaysia sebaiknya berikutan menyamai 16 peratus belanjawan negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, tuntutan itu juga tidak berasas kerana mengancam integriti negara berdaulat dan prinsip keadilan.
“Malaysia baru-baru ini menghadapi tuntutan tidak berasas daripada UTC berjumlah AS$15 bilion yang mahu pengiktirafan ke atas Sabah
“Tuntutan sedemikian bukan saja mengancam integriti negara berdaulat dan prinsip keadilan, malah memberi risiko kepada 16 peratus belanjawan negara,” katanya menerusi ciapan di aplikasi X hari ini.
Katanya, ancaman UTC untuk menyaman Malaysia di Amerika Syarikat juga dilihat membimbangkan.
Media sebelum ini melaporkan Malaysia tidak melayan sebarang tuntutan remeh oleh kumpulan digelar sebagai UTC yang mendakwa sebagai ‘penjaga sah Wilayah Kesultanan Sulu’ ke atas Sabah.
UTC dilaporkan meminta Kerajaan Malaysia membuat pembayaran segera sebanyak AS$15 bilion yang didakwa mereka sebagai ‘Cession Money’ (Wang Penyerahan Wilayah).
Kumpulan itu juga mahu Malaysia mengiktiraf UTC sebagai ‘kerajaan yang berdaulat dan merdeka’, selain mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap Malaysia di AS.
Dalam pada itu, Azalina yang kini berada di Paris, Perancis bagi menghadiri Mesyuarat Menteri Undang-Undang Komanwel turut menyentuh mengenai isu kes tuntutan Sulu dihadapi Malaysia sebelum ini.
“Saya membincangkan kes Sulu dan risiko pembiayaan litigasi pihak ketiga (TPLF) terhadap kedaulatan negara.
“TPLF sering mengutamakan keuntungan berbanding keadilan, mencabar tujuan teras sistem perundangan kita,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source