Aaron-Wooi Yik ke pusingan kedua
KUALA LUMPUR – Beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menepati ramalan apabila melangkah ke pusingan kedua pada Kejohanan Badminton Seluruh England yang berlangsung di Utilita Arena, Birmingham.
Pada aksi pusingan pertama sebentar tadi, bekas juara dunia itu dipaksa bekerja keras sebelum mencatat kemenangan 21-19, 21-17 ke atas rakan sepasukan, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.
Kemenangan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik memperbaiki pencapaian musim lalu pada kejohanan Jelajah Dunia Super 1000 tersebut apabila mereka tersingkir seawal pusingan pertama kepada beregu Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin.
Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu juga dijangka tidak berdepan masalah untuk melangkah ke suku akhir apabila dijadualkan bertemu beregu No.39 dunia dari Taiwan, Chang Ko Chi-Po Li Wei di pusingan kedua Khamis ini.
Aaron-Wooi Yik pastinya menggalas misi cukup besar pada edisi kali ini bagi menamatkan kemarau kejuaraan dalam acara tersebut selepas kali terakhir Malaysia muncul juara beregu lelaki menerusi Koo Kien Keat-Tan Boon Heong 17 tahun lalu.
Turut melangkah ke pusingan kedua adalah beregu campuran profesional, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang berhempas pulas menewaskan wakil Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue 12-21, 21-19, 21-14.
Untuk rekod, juara acara beregu seluruh England akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah AS$96,200 (RM449,975) dan naib juara meraih AS$45,500 (RM212,826) manakala juara perseorangan bakal merangkul AS$91,000 (RM425,652) sementara naib juara AS$44,200 (RM206,745). – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source