Konflik Gaza buka hati aktivis AS peluk Islam
WASHINGTON – Seorang penulis dan aktivis Amerika Syarikat (AS), Jeffery Shaun King bersama isterinya, Rai King memeluk agama Islam pada hari pertama bulan Ramadan, lapor laman berita Daily Sabah semalam.
Kedua-dua mereka secara terbuka melafazkan kalimah syahadah semasa sesi secara langsung di Instagram. Ia dikendalikan oleh rakan mereka, Omar Suleiman di Pusat Islam Valley Ranch, Dallas, Texas.
Omar ialah seorang tokoh cendekiawan Islam di AS.
Memakai keffiyeh tradisional Palestin, Jeffery, 44, mengaitkan keputusannya untuk berhijrah itu dengan kesan mendalam selama enam bulan terhadap penderitaan, kesakitan dan trauma penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.
Berucap di hadapan orang ramai, beliau melahirkan rasa kagum terhadap ketabahan penduduk Gaza yang meneruskan hidup di tengah-tengah kemusnahan dan kehilangan orang tersayang.
“Kepercayaan dan pengabdian mereka kepada Islam bukan sahaja membuka hati saya tetapi telah membuka hati jutaan manusia di seluruh dunia,” kata Jeffery.
Dikenali kerana sokongan lantangnya terhadap Palestin akibat serangan tentera Israel, Jeffery secara aktif berkongsi tentang kemusnahan Semenanjung Gaza di media sosial sejak 7 Oktober tahun lalu. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source