SPR perlu mudahkan proses mengundi rakyat Malaysia di luar negara
PETALING JAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diarahkan untuk memudahcara proses pengundian bagi rakyat Malaysia di luar negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kapasiti pelaksanaan pilihan raya harus terus ditingkatkan susulan bilangan perantau yang semakin meningkat.
Katanya, dijamin lebih ramai rakyat Malaysia yang berada di luar negara boleh memenuhi tanggungjawab untuk mengundi pada pilihan raya akan datang.
“Agenda kita reformasi, termasuk pilihan raya. Sekarang ini prosesnya itu terlalu rumit. Penduduk Malaysia di luar negara termasuk di Singapura sudah cecar 500,000, mungkin atau lebih. Kita mesti mudahkan.
“Jadi, rahan saya kepada SPR, saya tidak mahu apa-apa alasan, cuma permudahkan sama ada pengundian langsung ataupun letakkan beberapa pusat mengundi yang lebih banyak. Di Jerman contohnya di MATRADE, MIDA dan kedutaan. Lebih banyak pusat mengundi, lebih cepat, efisien dan selamat,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis ramah mesra Perdana Menteri bersama rakyat Malaysia yang menetap di Jerman yang disiarkan secara langsung di Facebook semalam.
Selain itu beliau berkata, pendaftaran sebagai pengundi bukan lagi satu isu besar memandangkan Malaysia sudah beralih kepada sistem pendaftaran automatik.
Terdahulu, Anwar kini berada di Berlin bagi lawatan rasmi selama lima hari atas jemputan kerajaan Jerman. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source