“Kenapa Tuduh Saya?” – Bella Nafi Rancang Tangkapan Khalwat, Dedah Ada Individu Cuba Beri ‘Maklumat’ Mengenai Aliff Aziz
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah menafikan dia adalah di sebalik penangkapan khalwat di antara suaminya, Aliff Aziz dengan aktres Ruhainies baru-baru ini.
Nafi rancang penangkapan khalwat
Ujar Bella, dia mengakui terkejut dan terkedu apabila menerima berita mengenai tangkapan yang dilakukan oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.
Dah kenapa pula saya merancang untuk menangkap mereka? Saya sendiri terkejut dengan kejadian yang berlaku (ditangkap khalwat) itu.
Maklum Bella lagi, dia kini memilih untuk reda dalam berdepan ujian tersebut selain berusaha untuk melupakan insiden pahit dilalui.
Dalam keadaan sekarang ni, tak boleh nak cakap apa sebab benda ini sudah terjadi. Sekarang saya fokus untuk ‘move on’ saja.
Ada yang cuba beri maklumat mengenai Aliff Aziz
Dia dalam pada itu turut mendedahkan pernah dihubungi seseorang yang ingin memberikan maklumat mengenai suaminya, Aliff Aziz.
Ada orang hubungi saya dan mahu bagi maklumat sikit, saya dah berjumpa dan ambil nombor telefon dia.
Sebenarnya dia dah lama nak cari dan hubungi saya, tapi saya yang tak berkesempatan sebab terlalu sibuk.
Bella walau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran perjumpaan dengan individu itu.
Terdahulu, Bella telah memfailkan cerai terhadap Aliff secara ‘ekspres’ namun tertunda kerana suaminya tidak hadir kerana terikat dengan penggambaran drama.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source