MAIWP, Media Mulia edar 1,000 bubur lambuk percuma
KUALA LUMPUR – Kira-kira 1,000 penduduk di sekitar Setapak, di sini menerima bubur lambuk percuma yang diedarkan oleh Media Mulia Sdn Bhd (Media Mulia) bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Bubur lambuk tersebut diserahkan dalam program Kongsi Berkat Bubur Lambuk yang diadakan di Surau Al-Husna Seri Semarak, Setapak di sini hari ini.
Pengerusi MAIWP, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer berkata, program itu merupakan kolaborasi kali pertama MAIWP bersama Media Mulia bagi program agihan bubur lambuk pada ramadan tahun ini.
“Masih banyak lagi rakan kolaborasi MAIWP dalam program seumpama ini termasuklah agihan bubur lambuk di Masjid-Masjid dan Surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
“MAIWP dan Media Mulia sentiasa berhubung bagi MAIWP mendapatkan perkhidmatan liputan berita dan promosi daripada Media Mulia dalam program-program anjuran MAIWP,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di program pengagihan 1,000 pek bubur lambuk sempena program Kongsi Berkat Bubur Lambuk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak di sini hari ini.
Jelasnya, lokasi Surau Al-Husna dipilih bagi menyantuni masyakat khususnya muslimin dan muslimat di sekitar surau berkenaan.
“Surau Al-Husna juga mempunyai kemudahan serta kawasan cukup luas untuk realisasikan program agihan pada hari ini.
“Selain itu, di kawasan PPR ini juga, ramai penerima bantuan daripada MAIWP yang tinggal di Kawasan ini dan secara tidak langsung kami dapat menyantuni mereka dengan lebih dekat menerusi program ini,” ujarnya.
Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP, Mohd Fauzi Abidin; Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam Yahya dan Ketua Pegawai Kewangan Media Mulia, Abd. Wahid Idris.
Dalam pada itu, Syed Kamarulzaman berkata, beliau berharap lebih banyak pihak-pihak di luar sana yang tampil berkolaborasi dengan MAIWP dalam membantu menyantuni masyarakat khususnya golongan asnaf.
“Kita tidak boleh lagi bekerja secara solo, `teamwork’ itu amat penting.
“MAIWP sendiri tidak mampu bekerja seorang, kami perlukan rakan-rakan strategik supaya kita dapat sama-sama membantu membuat Kebajikan dan kebaikan dalam sudut pandang yang berbeza,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source