Penjaga zoo nyaris dibaham buaya
PRETORIA – Seorang pengendali reptilia berpengalaman diserang oleh seekor buaya gergasi ketika mengadakan persembahan di hadapan berpuluh -puluh pengunjung di taman tema Crocodile Creek, lapor akhbar The Sun UK semalam.
Ketika kejadian baru-baru ini, dia mencucuk binatang buas itu menggunakan sebatang kayu, namun, provokasi tersebut membuatkan buaya itu mendongak, berpaling dan menggigit.
Lelaki itu panik kerana buaya itu tidak mahu melepaskan gigitannya. Buaya Sungai Nil itu merupakan reptilia terbesar dan memiliki gigitan paling kuat di dunia selain diketahui memakan manusia.
Setelah mengepit rahang di bawah pinggangnya, buaya itu menghumbankan mangsa ke lantai. Seekor buaya kedua yang lebih kecil bergegas menyertai serangan itu.
Pelancong yang menonton pertunjukkan itu mula menjerit, namun buaya itu akhirnya melepaskan gigitannya. Penjaga itu pantas berlari untuk menyelamatkan dirinya.
Darah mangsa yang banyak mengalir dapat dilihat di lantai kandang zoo tersebut di Ballito, utara Durban, Afrika Selatan. Penjaga zoo kemudian dikejarkan ke Hospital Victoria untuk mendapatkan rawatan.
Seorang pakar buaya yang melihat rakaman itu, berkata: “Buaya ini hanya memberi amaran kepadanya. Sekiranya ia ingin membunuh lelaki itu, percayalah! Amat mudah baginya.”
Buaya Nil boleh membesar hingga 7.62 meter dan mencapai kelajuan lebih 32 kilometer sejam di dalam air dan daratan. Beratnya pula boleh mencecah 900 kilogram. Buaya Nil bertanggungjawab membunuh beribu-ribu manusia dalam setahun. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source