Rakan Baik Yakin Ruhainies Tak Buat Perkara Tidak Senonoh
Dua sahabat baik kepada Ruhainies dikenali sebagai Zahar dan Fyzal berkata pelakon itu kini lebih banyak berdiam diri selepas kontroversi ditangkap khalwat bersama Aliff Aziz.
Memetik mStar Online, kedua mereka mengakui tertekan membaca komen kecaman netizen serta turut menasihati Ruhainies supaya tidak membaca komen di media sosial.
BACA: Bella Astillah Terkejut Dakwaan Dia Rancang ‘Tangkap’ Aliff Aziz & Ruhainies
“Keadaan dia baik-baik saja dia masih bekerja seperti biasa tapi dia kini lebih banyak berdiam. Sebagai rakan kami juga menasihati dia tidak membaca dan menutup ruangan komen di media sosial.
“Bagaimanapun dia tahu perkembangan berlaku. Di pihak kami, memang sedikit tertekan membaca komen dan kecaman netizen di media sosial,” katanya.
Sementara itu, Zahar berkata dia yakin bahawa Ruhainies tidak terlibat dalam aktiviti tidak senonoh itu serta menyifatkan pelakon itu seorang yang lemah lembut.
“Kami dapat tahu berita itu pada siang hari Sabtu. Kami juga terkejut, kami tak mahu komen tentang kejadian itu kerana tiada di lokasi.
“Tak mungkin Ruhainies berbuat begitu. Dia seorang yang baik, sopan-santun dan lemah-lembut. Dia bukan jenis begitu seperti yang diperkatakan,” katanya.
Dalam pada itu, Fyzal menafikan dia dan Zahar adalah pembantu peribadi Ruhainies yang didakwa bersama pelakon itu pada malam kejadian.
Menurutnya, ada seorang lagi individu yang sepatutnya menemani Ruhainies ketika itu. Difahamkan dia dalam perjalanan ke kondominium berkenaan untuk mengambil baju.
“Saya dan Zahar tiada di tempat kejadian. Ada orang lain yang bersama dia pada malam itu,” katanya.
Khamis lalu, Ruhainies dan Aliff memuat naik kenyataan rasmi menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi serta tampil memohon maaf diatas kekhilafan mereka.
SUMBER: mStar Online, Harian Metro
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source