PLUS tambah 18 lokasi SmartLane atasi kesesakan musim Aidilfitri
PETALING JAYA – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menambah laluan SmartLane kepada 18 lokasi tumpuan trafik di lebuh raya bagi membantu melancarkan pergerakan semasa musim Hari Raya Aidilfitri.
Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, pertambahan kepada 18 lokasi itu adalah lebih tertinggi berbanding musim perayaan lalu selepas kajian dibuat Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang mendapati SmartLane banyak membantu mengurangkan dan menangani kesesakan.
“SmartLane ini dibuka untuk masa tertentu dan diperlukan berdasarkan keadaan trafik semasa serta hanya boleh digunakan pada waktu siang. Apabila berlaku kesesakan, kelajuan kenderaan akan berkurang, jadi penggunaan SmartLane adalah membantu mengatasinya.
“Papan tanda peringatan berwarna kuning diletakkan pada jarak 1 kilometer (km) sebelum ke laluan SmartLane bermula dan 200 meter sebelum ia ditamatkan. Pengguna hanya boleh menggunakan laluan itu sekiranya ia diaktifkan yang mana terdapat lampu hijau berkelip di laluan itu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi taklimat media persediaan PLUS hadapi pertambahan trafik sempena Hari Raya Aidilfitri di Persada PLUS di sini hari ini.
Nik Airina berkata, inisiatif SmartLane boleh menyumbangkan kepada aliran trafik yang lebih lancar dan penjimatan masa.
“Namun, penambahbaikan laluan tersebut perlu ditekankan untuk meningkatkan kesedaran menerusi notifikasi kepada pengguna jalan raya.
“SmartLane hanya boleh digunakan oleh kenderaan persendirian atau penumpang untuk sementara waktu sebelum diarahkan untuk masuk semula ke laluan utama bagi meneruskan perjalanan mereka.
“Bagaimanapun, pengguna lebuh raya dilarang sama sekali untuk memandu di lorong kecemasan di lokasi-lokasi lain di mana tiada laluan SmartLane diaktifkan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Penguatkuasaan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Superintendan Khairul Azhar Ismail berkata, pengguna diingatkan tidak menghalang kenderaan lain yang mahu menggunakan SmartLane sekiranya ia diaktifkan.
“Mereka juga diingatkan memandu secara berhemah. Yang guna laluan betul memandu 80 km/j atau 90 km/j, tapi yang guna SmartLane ambil kesempatan pula pandu laju dan ini satu kesalahan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source