100 murid Putrajaya terima bantuan raya
PUTRAJAYA: Seramai 100 murid warga Putrajaya dalam kalangan kurang berkemampuan menerima bantuan hari raya yang disumbangkan Yayasan Pelajaran Mara.
Pengerusi Biro Pendidikan Perpaduan Putrajaya, Datuk Mohd. Hisamudin Yahaya berkata, sebanyak RM10,000 diperuntukkan yayasan itu dengan setiap murid menerima RM100 bagi membeli kelengkapan baju raya.
Pada masa sama, beliau berkata, Malaysian Football League (MFL) pula memberikan tajaan berupa Gift Card Aeon Big bernilai RM100 untuk 60 orang murid.
“Saya juga berterima kasih kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang sentiasa memberi lampu hijau atas segala aktiviti biro demi anak-anak dan pendidikan di sini.
“Semoga sumbangan kecil ini dapat menggembiradkan dan meraikan anak-anak B40 untuk sama-sama bergembira menyambut aidilfitri yang bakal tiba sekali gus meringankan ibu bapa membuat persediaan menyambut hari raya,” katanya ketika berucap pada majlis itu di sini hari ini.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sempat meluangkan masa untuk menyampaikan sumbangan itu yang diadakan di Aeon Big Alamanda, Putrajaya. – UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source