Imigresen tumpas 2 dalang sindiket pekerja asing
PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket pekerja asing dalam satu operasi khas yang dijalankan di Kuala Lumpur, semalam.
Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh berkata, pihaknya menahan dua lelaki berusia 50 dan 52 tahun masing-masing warganegara Myanmar serta Bangladesh disyaki sebagai ‘dalang utama’ kegiatan berkenaan.
“Operasi bermula pada pukul 1.30 tengah hari melibatkan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.
“Berdasarkan aduan dan risikan yang dijalankan selama dua minggu, pasukan operasi telah diatur gerak setelah berjaya mengesan dan mengekori suspek sewaktu pertemuannya dengan seorang lagi suspek di satu lokasi sekitar Jalan Duta, Kuala Lumpur.
“Rentetan itu, pasukan operasi telah menahan dua orang suspek utama yang disyaki sebagai dalang utama,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, hasil semakan awal mendapati suspek warganegara Myanmar yang berstatus Pemastautin Tetap (PR), manakala Bangladesh memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bagi Sektor Perkhidmatan yang masih sah laku.
Beliau berkata, pada operasi berkenaan juga pihaknya turut merampas wang tunai sebanyak RM91,550, pasport Bangladesh (12), pasport Indonesia (satu), dokumen syarikat, dokumen permohonan program Rekablirasi Tenaga Kerja (RTK) dan tiga unit telefon bimbit.
“Modus operandi sindiket adalah menjalankan aktiviti sebagai ejen pekerja asing bagi program RTK 2.0 dengan menyasarkan warganegara sumber seperti Bangladesh dan Indonesia.
“Sindiket ini menawarkan perkhidmatan seperti urusan pendaftaran permohonan program RTK 2.0 di Pejabat Imigresen dan dipercayai telah menjalankan operasi selama satu tahun.
“Bayaran yang dikenakan bagi setiap pekerja asing ini di antara RM1,500 hingga RM2,000,” ujarnya.
Jelas Ruslin, kedua-dua suspek ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan ditahan di Depot Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut.
Seramai dua orang lelaki dan seorang wanita warga tempatan diberi notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source