Duit terhad lepas berhenti kerja jaga isteri sakit
KULIM – Seorang pemandu lori ais terpaksa berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada isterinya yang menderita penyakit kencing manis kronik sejak 17 tahun lalu.
Menurut Mohd. Fadzli Ismail, 49, dia berhenti kerja selepas kesihatan isterinya, Afizatul Akmal Sulaiman, 44, semakin merosot akibat komplikasi penyakit itu tahun lalu.
Katanya, Afizatul menjalani pembedahan pada tulang tapak kaki kanan pada Oktober tahun lalu menyebabkan isterinya tidak lagi boleh berdiri.
“Akibat komplikasi kencing manis, tulang tapak kaki kanan isteri saya menjadi rapuh dan patah, jadi dia terpaksa menjalani pembedahan untuk memasukkan besi.
“Akibatnya, isteri sukar untuk berdiri dan dia kini hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda, selain mengalami masalah penglihatan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Air Puteh, Junjung di sini baru-baru ini.
Menurut bapa kepada enam anak itu, doktor menasihatkan isterinya supaya tidak banyak bergerak bagi mengelak kecederaan semula pada kakinya.
Tambahnya, isterinya juga perlu memakai lampin pakai buang setiap hari kerana kesukarannya untuk bergerak ke tandas.
“Saya jadi pemandu lori ais sejak 20 tahun lalu, manakala isteri berniaga produk kecantikan dan kesihatan secara dalam talian sebelum ini.
“Namun, kami terpaksa berhenti kerja sejak lebih tiga bulan lalu. Selain itu, saya juga kini perlu membawa isteri mencuci luka di Klinik Kesihatan Kulim setiap hari,” katanya.
Ujar Mohd. Fadzli, isterinya yang juga mengalami masalah rabun kronik turut menerima bantuan RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Sementara itu, Afizatul Akmal memberitahu, bantuan dan wang simpanan mereka masih tidak mencukupi kerana perlu membeli banyak barangan termasuk lampin pakai buang serta perbelanjaan harian dan anak sekolah.
Dia berharap anak sulungnya berusia 21 tahun yang baru tamat belajar dari sebuah kolej swasta akan mendapat pekerjaaan untuk membantu keluarga.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan di akaun bank CIMB 7047264534 atas nama Afizatul Akmal atau menghubungi Mohd. Fadzli di talian 019-426 8140.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source