Kesihatan Jaafar Onn Merosot, Kini Guna Kerusi Roda
Pelakon veteran, Jaafar Onn berkata kesihatannya semakin merosot sehingga terpaksa menggunakan kerusi roda sejak enam bulan lalu bagi memudahkan pergerakan.
Memetik BH Online, pelakon drama popular, Cili Padi itu berkata kakinya semakin membengkak dan melecet dan sudah setahun tidak dapat bekerja.
BACA: Jaafar Onn Anggap Golongan Pakai Baju Melayu Ketat Tak Ada Otak
Menurut Jaafar lagi dia masih menunggu tawaran bekerja serta berharap masih mampu menyumbang bakti kepada industri seni tanah air.
“Walaupun sudah enam bulan menggunakan kerusi roda, saya masih menunggu tawaran bekerja. Ada juga dapat tawaran penggambaran drama walaupun dalam keadaan perlu bersabar.
“Kalau ada produksi yang mahukan khidmat, jangan risau hendak panggil, saya terima dengan hati terbuka. Sampaikan Raja Azura kata tak apa, dia boleh tolak kalau saya berkerusi roda pun asalkan dapat berlakon.
“Jiwa saya jiwa seni, mana mampu pergi mana lagi. Kalau betul tak mampu saya tak mahu menyusahkan orang lain,” katanya.
Sementara itu, Jaafar meluahkan rasa syukur kerana masih ada pihak serta rakan-rakan yang prihatin dan sudi membantu menghulurkan bantuan.
Dalam pada itu, anak angkatnya, Hanif Hashim berkata kesihatan Jaafar mula merosot sejak Oktober tahun lalu selepas dimasukkan ke Hospital Serdang akibat kesukaran bernafas. Katanya lagi, bapanya kini memakai lampin pakai buang kerana sukar untuk ke bilik air.
“Dia agak uzur sekarang dan tak boleh urus diri sendiri, saya yang kena uruskan. Di rumah, dia akan pakai lampin pakai buang sebab hendak ke bilik air agak susah.
“Kalau hendak bangun, kaki dia tak kuat dan kena papah. Cuma dalam seminggu ini selepas makan ubat keadaan dia sudah nampak baik sikit,” katanya.
SUMBER: BH Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source