Petani mengaku tidak tidur sejak tahun 1962
HANOI – Seorang petani di Vietnam mengaku tidak boleh tidur sejak tahun 1962 selain menghisap 70 batang rokok dan minum 40 gelas tuak sehari, lapor akhbar Daily Star kelmarin.
Thai Ngoc, 80, berkata, apabila jiran-jirannya tidur, dia pergi ke ladang di kampungnya dan bekerja kerana hilang upaya tidur.
“Melihat orang lain tidur, saya menjadi iri hati. Pada waktu malam, saya biasanya keluar bekerja kerana bosan duduk di rumah.
“Apa yang ganjil adalah saya bekerja dua kali ganda lebih banyak berbanding orang lain, namun taraf hidup saya masih sama,” kata Thai kepada seorang pengarah dokumentari, Drew Blinsky.
Thai turut pergi ke hospital untuk mendapatkan bantuan bagi merawat sindrom insomnia yang dihadapinya tetapi doktor-doktor gagal menemui jalan penyelesaian.
Warga emas itu makan sangat sedikit, namun dia menghisap kira-kira 70 batang rokok dan minum berpuluh-puluh gelas tuak sehari.
Alkohol boleh membuatkan dirinya berasa sedikit mengantuk, kata Thai tetapi masih sukar untuk tidur lena.
“Apabila dia minum banyak alkohol, dia tidur sebentar. Mungkin satu atau dua jam.” kata penterjemah kepada Drew.
Thai masih memakai baju tidurnya setiap malam dan mengharapkan dia akan dapat tidur lena.
Kebanyakan orang akan ditimpa masalah kesihatan jika tidak mendapatkan tidur secukupnya. Selepas 36 jam, mereka akan mula berhalusinasi yang membawa kepada psikosis selepas tempoh 72 jam.
Bagaimanapun, Thai tetap sihat dan bertenaga walaupun dia tidak tidur, kata isterinya. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source