Pan-gon nafi sedia lepaskan jawatan
KUALA LUMPUR – Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon menafikan beliau akan sudah pun menghantar surat kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menyatakan kesediaan untuk melepaskan jawatannya.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan FAM malam tadi, jurulatih itu sudah pun memberikan jaminan yang misi beliau belum lagi berakhir dan tidak akan meninggalkan pasukan begitu saja.
“Selepas membaca laporan berita tersebut, saya terus menghubungi Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin bagi menjelaskan mengenai perkara ini dan saya sendiri telah memberi jaminan kepada beliau bahawa misi saya bersama skuad Harimau Malaya belum berakhir dan saya tidak akan meninggalkan pasukan ini begitu sahaja.
“Untuk makluman semua penyokong Harimau Malaya, saya akan terus komited untuk membimbing skuad Harimau Malaya sehingga kontrak saya berakhir pada hujung 2025 dengan misi utama untuk membawa Malaysia layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 dan layak automatik ke Piala Asia 2027,” katanya.
Kosmo! hari ini melaporkan timbul spekulasi mengatakan Pan-gon dan barisan kejurulatihannya telah menghantar surat rasmi kepada FAM meminta pampasan tiga
bulan gaji sekiranya kontrak mereka ditamatkan lebih awal berbanding perjanjian asal sehingga 2025.
Khabar ini menjadi satu kejutan besar buat arena bola sepak tanah air memandangkan Pan-gon dipuji para peminat susulan prestasi baik ditunjukkan Harimau Malaya termasuk seri 3-3 dengan Korea Selatan sewaktu Piala Asia di Doha, Qatar pada Januari lalu. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source