Pemandu bas ekspres guna cermin retak
SHAH ALAM – Penggunaan cermin retak antara kesalahan serius yang dikenakan tindakan ke atas pemandu bas ekspres di Selangor.
Perkara itu dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor yang melaksanakan 843 pemeriksaan di dua terminal bas iaitu di Seksyen 17, di sini dan Jalan Reko, Bangi sejak 12 Mac lalu.
Pengarahnya, Azrin Borhan berkata, pemeriksaan ke atas kesemua bas sehingga kelmarin itu bertujuan memastikan keselamatan penumpang dan bas selamat digunakan.
Jelas beliau, pemeriksaan dilakukan terhadap pemandu dan teknikal kenderaan seperti keadaan tayar dan brek kenderaan.
“Sepanjang tempoh 18 hari Ramadan, kita telah melaksanakan 843 pemeriksaan dan mengesan sembilan kesalahan cermin retak.
“Sebanyak sembilan notis saman termasuk arah periksa dan larangan penggunaan kenderaan turut dikeluarkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Tambah Azrin, pihaknya mahu memastikan semua kenderaan terutama perkhidmatan awam mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang ditetapkan.
Ujarnya, ini termasuk keperluan dua pemandu bas bagi perjalanan melebihi 300 kilometer (km) supaya mengelak mereka keletihan ketika memandu jauh.
“Kita akan membuat pemantauan berterusan dan merancang pelbagai strategi penguatkuasaan seperti penyamaran, rondaan dan pemeriksaan bas di terminal bas,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source