Polis terima laporan guru MRSM Tumpat terlibat kes pedofilia
KOTA BHARU – Polis Kelantan mengesahkan menerima laporan berhubung seorang guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat yang didakwa melakukan pedofilia terhadap seorang murid lelaki.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, laporan itu dibuat oleh pelajar terbabit dan pihaknya akan mengambil keterangan daripada beberapa saksi.
“Siasatan juga akan mengambil kira dalam pelbagai aspek termasuk kandungan WhatsApp dan individu lain yang pernah dihubungi mangsa atau guru terbabit.
“Kita juga meminta individu yang pernah dihubungi supaya tampil membantu polis untuk menjalankan siasatan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Iftar Ramadan Perdana Peringkat Kontinjen Kelantan Sempena Peringatan Hari Polis Ke-217 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.
Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Multimedia dan Komunikasi dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.
Kosmo! Online semalam melaporkan, Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah mengarahkan siasatan segera ke atas seorang guru yang didakwa melakukan pedofilia di MRSM Tumpat.
Pengerusinya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pasukannya bakal melawat MRSM tumpat dalam masa terdekat untuk melakukan siasatan. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source