“Sudah Sebulan Bayi Saya Tak Bernyawa Dalam Perut…”
Pelakon Hannah Delisha berkata dia reda hasrat untuk menimang cahaya mata sulung tidak kesampaian apabila mengalami keguguran baru-baru ini.
Memetik Media Hiburan, Hannah bagaimanapun berkata masih tidak boleh melupakan apabila menerima berita kehilangan bayi yang dikandungnya selama 13 minggu.
BACA: “Jumpa Di Syurga Nanti Sayang” – Hannah Delisha Keguguran
“Pertama kali nampak bayi kita pada mesin imbasan tentulah rasa sangat teruja. Tapi tak sampai berapa minit, wajah doktor yang menjalankan imbasan berubah.
“Beberapa kali doktor lakukan imbasan, kemudian dia panggil seorang lagi doktor untuk kepastian dan akhirnya sahkan jantung bayu saya berhenti berdegup pada usia kandungan lapan minggu. Baru seminnit rasa gembira, tiba-tiba terima berita yang sangat menyedihkan,” katanya.
Sementara itu, Hannah berkata dia sebak bukan kerana tidak dapapat menerima ketentuan takdir tetapi apabila mengenangkan bayinya sudah hampir sebulan tidak bernyawa dalam kandungannya serta melalui kesakitan jalani prosedur cuci rahim.
“Minggu pertama sangat emosi, tiba-tiba saja saya boleh nangis ketika di rumah, suami turut sedih melihat keadaan saya, kalau boleh dia tak mahu saya lalui pengalaman itu lagi.
“Rupanya sebulan bayi saya dalam keadaan tak ada nyawa. Tapi saya tak sedar sebab tak alami sakit perut atau turun darah, itu yang buat saya paling ‘down’.
“Ada yang persoalkan ala keguguran tak sakit macam beranak tapi orang tak tahu kesan emosi yang ditanggung atas kehilangan itu,” katanya.
Dalam pada itu, Hannah berkata sudah tentu dia gembira jika diberikan rezeki hamil sekali lagi namun akan lebih berhati-hati selepas ini.
SUMBER: Media Hiburan
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source