“Terlalu Mahal..” – Dendeng Nyet Berapi Dijual Dengan Harga RM39.90 Di Sarawak? Ini Penjelasan Khairul Aming
Sejak pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming mengeluarkan produk barunya, Dendeng Nyet Berapi, ramai yang mengadu tidak sempat untuk membeli susulan ‘sold out’ dalam sekelip mata.
Dendeng Nyet Berapi RM39.90?
Terbaru, melalui satu hantaran di platform X, seorang individu meluahkan rasa kesal apabila Dendeng Nyet Berapi dijual dengan harga RM39.90 di pasar raya di negeri Sarawak.
Hal itu membuatkan individu tersebut menegur KA kerana harga tersebut dijual dua kali ganda lebih mahal dari harga asal di platform Shopee atau TikTok.
Khairul Aming beri penjelasan
Bagaimanapun, usahawan tersebut tidak mendiamkan diri dan memberi penjelasan bahawa syarikatnya tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk menjual produknya di kedai fizikal atau pasar raya.
FYI kita tak pernah lantik sesiapa untuk jualan retail. Kalau ada kita dah announce. Semua sambal dan dendeng dijual online sahaja dengan harga Rm13.99 dan Rm14.99. Kotak display warna merah ni pun tak tahu datang dari mana, bukan kita yang print. Please buy from our online store… https://t.co/c6k0qQDOgf
— Khairulaming (@khairulaming) March 29, 2024
Tolong beli dari kedai online kami sahaja untuk elakkan isu sambal ciplak yang basi macam 3 tahun lepas.
Bahkan, KA sendiri tidak tahu menahu dari mana datang kotak untuk ‘display’ produknya itu.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source